Bagi sekolah yang kecil yang masih tiada kerani, keadaan lebih menyu- litkan. Keadaan kurang memuaskan juga berpunca daripada kurangnya kawalan dan bim- bingan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri.
Perkara ini bukan disengajakan tetapi kerana kekurangan tenaga pegawai kewangan yang berkebolehan Shahril Marzuki, Cadangan-cadangan untuk Mengatasi Isu dan Masalah Pengurusan Kewangan Sekolah Beberapa cadangan akan dikemukakan untuk mengatasi masalah dan isu-isu pengurusan kewangan sekolah yang telah dinyatakan di atas.
Walaupun cadangan-cadangan berikut mungkin tidak dapat menyelesaikan kesemua masalah tersebut, namun adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan ini dapat menyelesaikan sebahagian besar daripadanya: Pertambahan Peruntukan Wang Kerajaan Peruntukan wang kerajaan perlu ditambah selaras dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kadar bantu an per kapita yang digunakan sekarang adalah berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. Sebaliknya, harga barang-barang seperti kertas pendua, peralatan sukan dan perrnainan, serta kadar tarif utiliti seperti elektrik, air, dan telefon telah pun dinaikkan Shahril Marzuki, Jumlah penggunaan utiliti tersebut di sekolah.
Oleh itu, kadar bantuan perlu diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan in- deks harga barangan dan perkhidmatan semasa. Begitu juga, peruntukan PCG mata pe- lajaran mengikut Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif sepatutnya dirombak semula dan diganti dengan formula yang baru iaitu pemberian peruntukan PCG mata pelajaran perlu mengikut keperluan mata pelajaran atau setiap mata pelajaran diberi peruntukan PCG, terutarna bagi kumpulan mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Azizah Hassan, Oleh kerana yuran khas yang dikutip pada awal tahun tidak dapat menampung kos barangan yang semakin meningkat akibat inflasi maka pertimbangan harus diberi bagi menaikkan kadar yuran khas yang dikutip daripada setiap pelajar setiap tahun.
Sehubungan dengan itu, sewaan kantin dan kedai buku juga perlu dinilai semula setiap tahun. Malah, langkah yang lebih baik lagi ialah dengan memasukkan peruntukan tersebut ke dalam perjanjian sewaan sebagaimana perjanjian yang dibuat di antara PLUS dengan kerajaan bagi kenaikan kadar tol di lebuh raya di Malaysia Shahril Marzuki, Tabung bantuan ini boleh diwujudkan dan ditambah setiap tahun melalui pelbagai projek yang boleh diusahakan oleh pihak PIBG.
Dalam pada itu, bantuan yang diberi tidak semestinya mbantuan penuh untuk membayar yuran khas ataupun yuran peperiksaan awam.
Sebaliknya, untuk membantu lebih rarnai pelajar bantuan yang diberi mungkin dalarn bentuk sebahagian daripada yuran-yuran tersebut. Di samping itu, pihak sekolah mungkin boleh berusaha mendapatkan biasiswa untuk pelajar- pelajamya.
Salah satu sumber untuk mendapatkan sumbangan bagi biasiswa adalah melalui persatuan murid tuanya. Sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai persatuan tersebut, maka pihak sekolah boleh berusaha dengan menghubungi murid tuanya yang telah berjaya.
Sudah pasti setiap sekolah mempunyai murid tua yang telah berjaya. Bagi mengatasi masalah pelajar telah membelanjakan yuran yang telah diberi oleh ibu bapa, pihak sekolah harus mengambil tindakan untuk mengesan kes-kes tersebut dengan segera.
Misalnya, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada pihak ibu bapa su- paya meminta resit yuran daripada anak-anak mereka sehari selepas diserahkan wang yuran kepada anak-anak mereka.
Kelulusan Segera bagi Permohonan Peruntukan Tambahan Bagi mengatasi masalah perubahan status gum daripada guru bukan siswazah kepada guru siswazah yang memberi kesan ke atas budget sekolah yang menjadi PTJ maka ada- lah dicadangkan supaya pihak sekolah memberi laporan tentang hal tersebut secepat mungkin. Masalah Pendidikan , Universiti Malaya Sehubungan dengannya, pihak Jabatan Pelajaran Negeri JPN hendaklah memberi per- timbangan dan meluluskan peruntukan tambahan selewat-lewatnya pada pertengahan ta- hun supaya pengurusan kewangan sekolah dapat dilicinkan.
Disamping itu, pihak JPN juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya apabila sekolah sebagai PTJ membuat permohonan untuk peruntukan tambahan bagi projek yang telah pun diluluskan. Ini ada- lah disebabkan oleh masalah inflasi atau pun kenaikan harga barangan setiap tahun.
FfOgram Mengubah Sikap Guru terhadap Pengurusan Kewangan Sekolah Pihak sekolah perlu mengadakan program-program tertentu bagi mengubah sikap guru untuk dapat melicinkan lagi pengurusan kewangan sekolah. Guru-guru perlu disedari tapa pentingnya pengurusan kewangan sekolah.
Dalam pada itu, nilai-nilai positif seperti akauntabiliti, telus transparent , amanah, tanggungjawab, dan sebagainya perlu diterap- kan. Bagi kes-kes yang serius, guru besar atau pengetua sendiri hendaklah mengambil tindakan untuk berbincang dengan guru berkenaan. Kerani Kewangan Diwajibkan bagi Setiap Sekolah Oleh kerana pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek yang amat penting maka pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambillangkah untuk memastikan staf pe- jabat sesebuah sekolah adalah meneukupi terutamanya bagi sekolah-sekolah yang telah dinaikkan taraf sebagai PTJ.
Sehubungan dengan Itu, pihak Kementerian perlu memas- tikan setiap sekolah rendah dan menengah mempunyai seorang kerani kewangan Loo Bee Lian, ; Subathiran Ramaloo, Apabila meninjau senario pejabat sekolah pada hari ini, selain daripada menjalankan kerja-kerja perkeranian, seseorang kerani juga terpaksa menguruskan hal-hal kewangan seperti menyediakan lembaran gaji, baueer pem- bayaran, menjalankan kutipan yuran daripada guru kelas, menyediakan dan menyemak cek, dan sebagainya, termasuk menguruskan hal-hal yang melibatkan pekerja sekolah seperti tukang kebun.
Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya seorang kerani kewangan ditempatkan dalam setiap sekolah bagi mengatasi masalah seperti yang telah dinyatakan di atas. Menambah Bilangan Syarikat di bawah Kontrak Pusat dan Memberi Kelonggaran untuk Memperolehi Barang-Barang dari Syarikat Lain Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah rendah terutama di penda- laman Sabah dan Sarawak maka adalah dicadangkan supaya bilangan syarikat di bawah sistem kontrak pusat ditambah Liong Shou Chuan, Ini bertujuan untuk mernbole- hkan sekolah-sekolah memperolehi jenis, jenama, dan spesifikasi barangan yang diperlu- kan.
Cadangan ini bertujuan supaya sekolah-sekolah rendah yang terlibat mempunyai pilihan untuk menda- patkan keperluan masing-masing Liong Shou Chuan, Kursus perakaunan kewangan sekolah perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk membolehkan guru besar dan staf tersebut mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah. Pemberian Peruntukan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bukan PTJ Oleh kerana sekolah-sekolah bukan PTJ tidak mendapat peruntukan kewangan terus ke sekolah bagi kerja kerja penyelenggaraan dan sering menghadapi masalah peruntukan maka adalah dicadangkan semua sekolah diberi peruntukan bagi kerja-kerja penyelengga- raan tanpa mengira sekolah tersebut bertaraf PTJ atau sekolah bukan bertaraf PTJ Azizah Hassan, ; Zaidah Mustafa, Lantikan Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Latihan dan Pengalaman Pengurusan Kewangan Lantikan pengetualguru besar di Malaysia tidak berdasarkan latihan dan pengalaman se- bagai pentadir sekolah.
Dengan itu, adalah dicadangkan Kementerian Pelajaran melantik pengetualguru besar yang sudah mempunyai latihan melalui program NPQH atau yang mempunyai Sarjana Kepengetuaan. Bakal bakal pengetualguru besar tersebut telah mem- punyai pengetahuan dan ilmu dalam pengurusan kewangan sekolah selain mereka pemah menjadi guru penolong kanan di sekolah rendah atau sekolah menengah Shahril Mar- zuki, RUMUSAN Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek yang arnat penting dalam pengurusan sekolah-sekolah di negara kita kerana pengurusan kewangan yang tidak eekap boleh me- nimbulkan banyak masalah.
Selain daripada mengganggu pengurusan sesebuah sekolah ia menjejaskan perlaksanaan core business sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, seorang pengurus sekolah harus mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan supaya pengurusan kewangan sekolahnya adalah eekap dan berkesan supaya penyelewengan tidak berlaku. Laporan audit bersyarat: Kajian kes di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Azizah Hassan Garis panduan per- akaunan dan kewangan sekolah. Akta acara kewangan Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Kerajaan Malaysia. Arahan perbendaharaan, bab 8. Kuala Lumpur: Percetakan NasionaI. Akta pendidikan Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Rancangan Malaysia Ke Lapan Liang Shou Chuan Pengurusan kewangan sekolah menengah bantuan penuh ke- rajaan dan sekolah menengah bantuan modal di bahagian Sarikei, Sarawak. Loo Bee Lian Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian tentang amalan pengetua di sekolah-sekolah menengah Pelabuhan Klang.
Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan. Mohamed Mahmod Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan amalan pengetua di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Mokhtar Ibrahim Pengurusan kewangan dan amalan perakaunan di sebuah sekolah menengah teknik di Sabah: Satu kajian kes, Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan. Omardin Ashaari Peranan, tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.
Kuala Lumpur: Utusan. Shahril Marzuki Pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan, 15, Kepimpinan pengetua yang berkesan dalam pengurusan ke- wangan sekolah bagi menghadapi alafbaru. Masalah Pendidikan, 22, Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PIS. Subathiran alp Ramaloo Wan Azman Wan Idris Universiti Malaya Zaidah Mustafa Zaidatol Akmaliah Lope Pihie RMK 9 merangkumi strategi, program, dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian negara melalui Misi Nasional.
Fokus utama ialah pembangunan modal insan, khususnya pendidikan tinggi, dan penyediaan tanaga mahir. Rancangan Malaysia ke-sembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan Sekolah Wawasan merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama- sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung KPM, a. Antara tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah KPM, a.
Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Kewujudan Sekolah Bestari dan Kluster juga menjadi perintis perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut perancangan kerajaan, Sekolah Bestari akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun , namun begitu hasrat untuk melihat kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari di seluruh negara masih tidak kesampaian.
Sama seperti Sekolah Kluster dan Sekolah Wawasan, ia hanya berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan tertentu sahaja. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi.
Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Kewujudan Sekolah Kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama KPM, b. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai- nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Dalam menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan — terutamanya melalui sistem persekolahan — memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional Atan Long, Pelaksanaan kurikulum yang baru ini akan dikuatkuasakan tidak lama lagi dan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.
Pelaksanaannya nanti diharapkan akan memberi keberhasilan yang positif kepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhan perpaduan negara Malaysia. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru.
Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum.
Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenal- mengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim.
Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran — seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil — telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat.
Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia.
Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran.
Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama.
Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini. Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun , Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada , disebabkan timbulnya masalah-masalah.
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka?
Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang dengan masa depan. Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin.
Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul.
Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat.
Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan Bagi merealisasikan Wawasan , antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama.
Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang , hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi negara maju. Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya.
Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.
Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: 1 Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; 2 Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; 3 Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; 4 Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; 5 Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan 6 Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.
Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama selepas merdeka. Melalui dasar-dasar dan strategik yang dilaksanakan, perubahan demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi agenda utama negara untuk membangunkan masyarakat INTAN Malaysia, Dasar-dasar awam merupakan alat yang digunakan untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dalam membangunkan negara dan masyarakat.
Menurut Ahmad Atory Hussin, dasar awam ialah program atau projek yang dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Setiap dasar yang dirangka perlu mengikut kehendak dan keperluan masyarakat supaya tidak timbul sebarang masalah. Contohnya, sistem persekolahan satu aliran dan Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI menjadi penanda aras bahawa dasar yang dilaksanakan memerlukan penambahbaikan segera.
Kedua, Sistem Penyampaian. Pihak kerajaan adalah pihak pemerintah yang berkuasa penuh untuk membuat keputusan kerana telah mendapat mandat daripada rakyat. Kerajaan seharusnya menggunakan segala keperluan dan kebebasan yang ada untuk menjadi pihak penyampai yang efisyen. Sistem penyampaian merupakan alat yang sangat penting yang berperanan sebagai pemberi maklumat yang tepat dan berinformasi.
Masalah yang perlu diambil serius ialah mengenai cara penyampaian oleh pihak pemerintah kepada rakyat. Biasanya, sistem penyampaian ini ialah melalui media-media dan juga agensi- agensi kerajaan, contohnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.
Dalam menyampaikan informasi mengenai pendidikan, tidak semua masyarakat tahu mengenai perubahan yang dilakukan terhadap dasar, dan mereka juga sering terpengaruh dengan berita-berita yang salah. Zaman kini merupakan zaman yang terbuka dari segala segi, termasuk sumber maklumat. Melalui Kementerian Penerangan dan Komunikasi serta agensi- agensi kerajaan yang lain, sistem penyampaian dapat menjadi penggerak utama dalam mengambil semula hati rakyat dan kepercayaan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan.
Sistem penyampaian sistematik dan berkesan boleh dilakukan melalui: 1 Menggunakan sepenuhnya peranan media, sama ada cetak mahupun elektronik, sebagai medium utama dengan menayangkan iklan-iklan TV bertemakan perpaduan dengan lebih kerap lagi dan ruang papan kenyataan yang mempromosikan keunikan masyarakat Malaysia; 2 Melakukan promosi- promosi dengan lebih kerap lagi dengan membuka pusat sehenti di merata tempat, terutama memberi fokus kepada masyarakat luar bandar berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan yang terkini supaya rakyat memahami perkara sebenar; 3 Menggunakan Van bergerak di seluruh negara yang menjadi simbol dan rujukan untuk rakyat mengetahui perancangan yang dilakukan kerajaan; serta 4 Menjadikan sekolah sebagai pusat sumber maklumat bagi segala dasar-dasar dan program-program yang dijalankan oleh kerajaan.
Ketiga, Hubungan Masyarakat. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonflik, malah di kalangan bangsa yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmonian negara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agar dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.
Menurut Simon Fisher et al. Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduan negara ini sukar untuk dicapai secara keseluruhan, di mana rakyat yang berbilang kaum mempunyai pemikiran dan persepsi yang negatif terhadap kaum lain. Contohnya, peristiwa 13 Mei menjadi petunjuk hubungan kaum di Malaysia Shamsul Amri Baharuddin, Melalui pelaksanaan dasar pendidikan yang terancang dan hubungan masyarakat yang baik, maka tentunya perpaduan di kalangan Masyarakat Malaysia semakin kukuh.
Jika hanya dasar-dasar sahaja yang berjalan dengan baik tetapi hubungan masyarakat tidak baik, pastinya negara Malaysia masih sukar untuk bergerak maju ke hadapan. Dasar-dasar yang dirancang perlu seiring dengan hubungan masyarakat yang harmoni. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.
Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera.
Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu sahaja. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan Bibliografi Abu Bakar Nordin.
Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran Akhbar Sunday Times. Kuala Lumpur, Malaysia: January 3, Atan Long. Awang Had Salleh.
0コメント